Sijil Kulinari

Syarat Am Kemasukan 

1. Warganegara Malaysia

2. Memiliki SPM atau setaraf
3. Lulus Bahasa Melayu
4. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)

Tempoh Pengajian 4 semester

 

Sinopsis

Sijil Kulinari adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam Kulinari.Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Amalan sanitasi dan keselamatan di tempat kerja.
2. Pengenalan kepada bahan, alat, dan pengurusan tempat kerja (dapur).
3. Melaksanakan teknik dan kaedah memasak yang betul, serta memenuhi standard industri.
4. Menilai rasa, rupa, tekstur dan masa penyediaan terhadap produk hidangan yang telah siap.
5. Proses penyediaan, menghias dan menghidang.
6. Proses perlaksanaan kerja secara individu dan berkumpulan 

 

Prospek Kerja

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kulinari yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang hotel dan katering. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya dalam bidang berikut sebagai:

Chef sebagai profession - Jurumasak di kebanyakan hotel dan Resort dalam dan luar negara
Jurumasak, Penyelia Dapur, Pembantu Dapur di Kafeteria
Hospital kerajaan dan swasta
Kediaman Kenamaan
Syarikat penerbangan, Perkapalan dan Pelantar Minyak
Speciality Restaurant dan Fast-food Restaurant
Chef Selebriti dan Pengacara Masakan.
Tenaga Pengajar Jemputan di institusi pengajian seperti Giat Mara, kolej-kolej swasta dan lain-lain.
Membuka Perniagaan Sendiri / Ahli Perniagaan